Wednesday, 30 January 2013

hari paling gila xD

hello . how are you ? i'm not blogging for a long time because i forget about my password . hahahahaha , nyanyuk like my grandma xD
start today i don't want to write about my lover or anything else about love . i just want to write about my friends @ happy news @ sad news @ whatever except LOVE .  i think its much better than write about love .
hari ni aku dengan qila gelak sakan dalam kelas . tahu sebab apa ? sebab kiteorang menganjing iklan-iklan yang keluar dekat tv and radio . iklan digi , zalora , kicap jalen , d'qeasty *ejaansilap* , syampu head and shoulders , tia amelia and banyak lagilah . cikgu sains pandang je dekat kiteorang and automatik kiteorang diam . bila cikgu tak pandang kiteorang sambung balik menganjing iklan yang kiteorang tak sempat habiskan tadi . wahahaha xD aku gelak sampai tersedu-sedu macam baru lepas menangis . qila pulak dah menangis , tak habis-habis lap air mata dia . merah-merah muka kiteorang masa dalam makmal tadi . memang gila r tadi . selok gila kiteorang . lepas tu tambah pulak lagi 2 orang . aishah dengan auni . diaorang bagi iklan dekat kiteorang . lagilah seloknya kiteorang gelak sampai sakit perut and merah-merah muka auni .
sebelum balik tadi qila bagi tugasan dekat kiteorang . balik ni tengok iklan dekat tv and hafal . dekat sekolah teruskan balik menganjing iklan-iklan dekat tv tu . hahahahahaha . kerja paling bengap and bangang pernah kiteorang buat .
dalam kelas kh aku tergelak-gelak tengok pergaduhan qila dengan ghaddar . ghaddar menganjing qila ayam , qila pulak menganjing ghaddar si kening tebal bersuara pelik . hahahahaha , memang selok gila aku gelak . waktu rehat pun ghaddar tak habis-habis menganjing qila . qila menganjinglah dia jugak .
tak sabar nak tunggu esok . apa pulak yang diaorang nak gaduhkan ek ? whooo ~ tidak sabar menunggu xD


Tuesday, 29 January 2013

yoohoooo ~

hello2 ! this is my bestfriend . from left - fara , intan , yaya and me !

Friday, 11 January 2013

hmm

hari ni , macam biasalah aku dengan qila datang sekolah awal  . kiteorang tak lepak kantin tapi terus pergi dewan . kiteorang lepak dekat kerusi depan surau . macam2 kiteorang cerita . pasal aiman , pasal hantu , pasal capital combi and banyak lagilah .
aku nampak aiman dengan AA lalu . aku senyum je dekat dia . hihi , pagi2 lagi dah nampak dia . cewahh ~ semalam dia cakap tak nak datang . nak jugak aku sepak budak tu . geram tahu tak , tipu aku je kerja dia . eeee ! >_<
aku tanya qila apa yang dia tak puas hati dengan aku and aiman . qila cakap dia bosan dengar aku cakap pasal aiman . aku cakap macam2 dekat dia . aku sound gitu2 je :p  nasib baik tak gaduh . huh . lega ~ :D dia sendiri yang bagitahu aku setiap kali dia nampak aiman . pelik jugak aku dengan qila tu . and tadi dia pulak lebih2 cakap pasal capital combi dia . menyampah aku . herh -_-"
masa rehat tadi aku nampak aiman . aku pandang dia dia pandang aku . hihihihihihi , suka ! >.<
dalam kelas tadi qila buat lawak bodoh dengan cikgu rosmaria and cikgu zaiton . qila dengan cikgu boleh jadi kawan . hahahahaha , kao adorrr ? tadok kan ? grrr ~ :p
hari ni tak tahu la kenapa aku rasa sedih semacam je . nak buat itu ini ada je yang tak kena . kadang2 rasa takut jugak sebab tiba2 je rasa lain macam . hm , ada apa ni ? ya allah , ampunkanlah segala dosa yang telah aku lakukan :'(

Wednesday, 9 January 2013

jangan tinggalkan aku :"(((((

8.11.12 - aku cadang buat jamuan kecik2 . aku bawak kek coklat , qila bawak muffin , aiman bawak mi goreng , nas , wan dengan yaya bawak kuih , intan bawak nasi goreng sutun buatan air tangan dia , fara tak bawak apa2 . donat dengan nas kumpul duit beli air sirap dekat kantin dalam satu jag besar . kita makan ramai2 dekat padang . tangkap gambar candid , main tepung and macam2 lagi . best gila masa tu kan ?
14.11.12 - satu kelas pakat ramai2 pergi bandar naik bas cik manap . aku , qila , yaya , fara , intan , aiman , nas and wan bergembira dekat megamall . karaoke , makan , jalan2 , tengok wayang , semua sama2 . hari paling best masa tu . aku rakam and tangkap gambar kita semua karaoke , masa tengah makan , masa dalam bas cik manap pun aku tangkap gambar korang senyap2 . masa nas tengah marah disebabkan wan pun aku tangkap gambar , hihi , sorry guys . best kan masa tu ? :')
26.12.12 - minggu tu intan dengan fara bersiap2 kemas barang untuk pindah . intan pindah kedah , fara pindah sabah . jauh sangat . aku menangis bila teringatkan korang . aku tengok gambar2 kita masa waktu PNP , masa jamuan , masa pergi bandar and banyak lagilah . aku rindu korang . rindu sangat2 . bila lagi kita dapat jumpa ? hm . sedih tak terkata .

*dah bukak sekolah*
aku dengan qila dapat kelas sama . tapi yaya dengan wan turun kelas . diaorang dapat kelas 3marikh . nas dengan aiman naik kelas 3kejora . walaupun tak sama kelas , tapi kita semua tetap kawan rapat . dah macam adik beradik .
tapiiiii.....
23.1.13 nanti aiman pulak nak pindah . dia pindah KL . aku sedih yang teramat sebab aku rapat dengan dia berbanding qila dengan yaya . tadi dia hantar message macam2 , dia cakap dia tak pernah ada kawan macam kiteorang . dia harap dia boleh jumpa kiteorang lagi bila besar nanti and dia takkan lupakan kiteorang . menangis2 aku baca message tu . qila dengan yaya tak bagi respon pun bila aku cakap aiman nak pindah sebab diaorang tak rapat sangat dengan aiman . nak taip pun aku menangis :'( ingatkan bolehlah buat study group dekat library , tapi tak dapat :'(
dannn.....
bulan 3 nanti yaya pulak nak pindah tapi tak tahu lagi pindah mana . bila yaya bagitahu aku terus menangis . lepas sorang2 pindah . ayah kawan aku semuanya askar . so kenalah ikut ayah dia pindah tempat kerja . ayah qila je kerja lain . kalau qila pindah jugak , hmm , tak tahulah apa jadi . yang lain semuanya dah tinggalkan aku , tinggalkan sekolah and tinggalkan kenangan kita dekat kuantan . kita menangis sama2 , gaduh sama2 , bergelak ketawa sama2 , dan kalau boleh aku nak kita mati pun bersama .
aku dah tak boleh nak tahan nangis . sebak sangat hati aku ni .  ya allah , tabahkanlah aku :'(((((((((((
tapi walau macam mana darurat sekalipun , aku tetap takkan lupakan kawan2 aku , kawan2 yang terbaik dekat dunia ni . nama korang dah terpahat kuat dekat hati aku ni . aku memang takkan lupakan korang  :') *fakesmile*

     ...INGATLAH , PERSAHABATAN BUKAN UNTUK SESAAT , BUKAN UNTUK SEKETIKA , TAPI UNTUK SELAMANYA...


                                                                                                                                    yang ikhlas;
                                                                                                                                  -farishanaqiyah-

         

Sunday, 6 January 2013

sabar2...

assalamualaikum and hi . aku nak luahkan apa yang terbuku dalam hati aku ni . huh ! ya allah , kuatkanlah aku :'(
tadi aku pergi pasar malam dengan mama aku . jalan kaki je , nak ambik angin malam . kiteorang lalu dekat depan rumah seseorang yang mulut celupar gila tu . dia pandang lain macam je dekat aku and mama aku . aku senyum pun diaorang buat selamba tahik je . kurang ajar , aku senyum dengan seikhlas hati tapi dia balas macam tahikkkkk . aku biar je la , tengah sabar ni . adik dia je ada dekat depan rumah dia , kakak dia dekat rumah kawan dia . aku senyum pun dia buat derk je . herh , aku sabar lagi ni . sampai dekat depan simpang jalan besar dekat depan taman tu , adik aku berlari2 sambil panggil aku . aku tanyalah kenapa , lepas tu dia cerita pasal budak 2 ekor tu ! herhhhh ! *TAHANGERAM*
adik aku cakap masa dia lalu nak pergi pasar malam dengan kawan dia , si adiknya sound adik aku . dia cakap "hoii farhan , kau pergi surau bukan sembahyang pun" . budak darjah 5 cakap macam tu . kurang ajar nak mampus mulut dia . adik aku pun geram , dia balas "lantak akulah aku nak sembahyang ke tak , kau cara apa ? kau tu macamlah sembahyang sangat " . and then diaorang pun gaduh . adik aku malas nak panjangkan cerita , dia pun blah la sebab adik aku tahu budak tu macam mana . masa on the way nak pergi pasar malam , kakak dia yang form1 yang pendek2 tu sound adik aku pulak , dia cakap "apehal kau cakap mak aku tak sembahyang ?" . see , adik dia buat fitnah pasal adik aku . mulut macam.. haisyhhhh ! adik aku cakaplah bila masa dia kata gitu , kakak dia pun cakap apa entah .
masa adik aku cerita dekat aku , marah aku dah membuak2 . aku memang dah tak boleh sabar . aku memang benci dengan dia . dari ayah dia sampailah adik dia tu ! herh ! ya allah , sabarkanlah aku . dulu dia buat benda yang sama and aku yang kena , satu lorong datang tengok pergaduhan aku and mak dia . tapi masa tu aku tak tahu nak cakap apa . aku diam sebab aku tahu aku tak bersalah . bukan nak bangga apa , tapi memang aku tak salah . sekarang dah terbukti dia buat fitnah pasal keluarga aku .
aku cakap dekat mama aku aku nak pergi jumpa budak tu tapi mama aku cakap tak payah , tunggu allah balas dekat dia . okey , aku ikut cakap mama aku . aku sabar je . lagi sekali dia buat fitnah , memang aku pergi jumpa terus budak tu . lantaklah apa nak jadi pun jadilah .
tu je la , byebye . tak semangat nak blogging . assalamualaikum .
assalamualaikum and hi :D dah makan ? dah mandi ? dah minum ? dah sembahyang ? kalau dah baguslah ~
okey , hari ni aku buatkan blog untuk kakak aku . puaslah ingat balik aku buat macam mana , aku ni pelupa sikit . lepas menjelajah satu dekat google account , barulah jumpa . aku pun buatkan la blog untuk kakak aku . fuhh , nasib baiklah jadi . hahahahahaha , bangga sikit *trollface* .
hari ni hari ahad . tadi ingatkan nak pergi latihan rakan muda tapi qila dengan yaya tak pergi , aku pun malaslah pergi . akak aku je pergi dengan kawan2 dia . aku bangun tidur pukul 3 . kena marah dengan mak aku . start baliklah perangai aku bangun tidur lambat . grrr ~
hari ni mama aku buat nasi lemak . sedap giloooosssss ~ *berasapmulut* . hahahahahaha . gila aku hari ni . hari ni dekat batu12 ada pasar malam . aku selalu pergi pasar malam dengan jiran aku . nama dia atikah . form2 jugak . dekat pasar malam aku selalu beli ais blended dengan steamboat and gi jalan2 tengok barang2 dekat pasar malam . lepas jalan2 terus balik rumah . kalau rajin aku keluar gi round2 naik fixie pink aku . hahahahaha *bangga* .
okeylah , nak bersiap pergi pasar malam ni . byebye ~ :D

Saturday, 5 January 2013

err , entahlah ~

hey2 ! sihat tak ? kalau sihat alhamdulillah la :D
puas cari blog aku dekat mana tadi . akhirnya jumpa jugak . fuhhh ~ ! hihihahaha .
best tengok cerita nur hidayah dekat tv3 ni . nak last2 tu sedih gilooossss ~
okey , nak cakap apa ek ? entahlah nak cakap apa . agak bosan blog aku ni . hahahahaha ~
tu je la , byebye :D

my bestfriend :D

susahlah nak berblog ni . maklumlah , baru first time kan . aahahaha *lawaklah sangat* .
hari ni aku berantem sama temanku *indon sekejap*
dia tu tiba2 nak maki2 aku . aku ni bukannya jenis tahan marah , aku pun maki lah dia jugak . dari hal kecil sampailah besar kiteorang gaduh . bwekkk . esok berbaiklah tu . kiteorang bukan yang jenis suka gaduh lama2 . persahabatan dan kegilaan kiteorang tak boleh dipisahkan . hahahahaha , itulah kami . dendesz forever . cewahh ~ 
aku ada 6 orang bestfriend . nama geng kiteorang DENDESZ . tapi ramai budak yang dengki dengan nama geng kiteorang tu . mengutuk macam2 . ahh , kesah apa aku korang nak mengutuk ke mencaci ke , asalkan kiteorang tak cari pasal dengan korang . herh !~
bestfriend aku nama aqilah , hidayah , intan , farah , aiman dengan nas . kalau ada masalah ataupun cerita2 yang gembira , kiteorang mesti kongsi sama2 . dah namanya bestfriend mestilah kongsi sama2 , takkan pendam je , adooy .
tu je la , hihihaha ~ byebye :D

first day i'm blogging , yeehaa ! ~

assalamualaikum and hi ! hari ni berjaya jugak aku buat blog sendiri . hahahahaha , bangga gituuuu ~ !
okey , hari ni nak cerita serba sedikit pasal diri aku . nama aku farisha naqiyah binti kamarul arifin . kawan2 aku panggil aku eysha ataupun kiah . sepupu2 aku dekat perak semuanya panggil aku kiah , glamour sangatlah nama kiah tu . lepas tu member2 dekat sekolah pun dah terikut2 panggil aku kiah . apa kejadahnyalah . huahahaha ~ ada yang panggil aku beca , katanya beca tu sesuai dengan nama aku yang eysha tu . lagilah mengarut . adooyai . sekarang aku form 3 , pmr candidate . aku target 6A je . bm , bi , sej , agama , geo , sains . kh dengan mate aku slow sikit . huhuhihi :D aku target kh dengan mate tu B . tapi kalau boleh aku nak 8A ! nak kalahkan kakak aku . cewahh ~ hahahahaha . erm , tu je la kot . tak tahu nak tulis apa dahh . byebye :D ~