Sunday, 19 April 2015

Makan bersama keluarga

Harini pakcik aku datang rumah. dia nak makan tengahari sama-sama. dia bawak 2 ekor ikan kerapu dengan bahan-bahan lain untuk buat ikan bakar. tapi ada bahan yang takde, kuali ajaib tu pun tertinggal kat rumah dia, so my mum guna kuali biasa je la untuk bakar ikan tu. pastu kitorang pergi tunas mart beli bahan-bahan yang takde tu.
                 Aku taktau nak buat kat dapur sebab resipi ikan bakar tu aku taktau. jadi aku pergi kat depan main-main dengan bebudak kecik. macam-macam aku ajar diorang. aku praktikkan apa yang aku belajar masa kat KIPSAS 2 minggu lepas. tepuk-tepuk semangat, tepuk-tepuk hebat, tepuk-tepuk menyampah, tepuk-tepuk malu-malu dan banyak lagi la. tergelak-gelak bebudak ni. paling tak boleh blah aku ajar diorang sifir siput sedut. 1 kali siput=sedut. hahaha dengan aku-aku sekali gelak sakan dengan bebudak ni.
                 Kitorang makan kat ruang tamu, bentang atas surat khabar je sebab tikar kecik takde. tapi seronok gila makan ramai-ramai. serius seronok. yelaa, aku ni bukannya selalu sangat makan kat luar dengan keluarga. so bila dah dapat peluang makan ramai-ramai macam tadi, perasaan seronok tu ada. menu tadi cuma 2 ikan bakar, sambal kicap dengan sayur campur je. kalau makan kat kedai mau rm100 lebih kena bayar padahal menunya simple je.
                  Sekarang pakcik aku dah balik. sedih rasa. entahlah, aku ni memang camni. tak boleh kalau ada orang datang dalam hidup aku pastu pergi. mesti aku rasa macam ditinggalkan dan rasa sunyi haishhh. pelik aku ni hahaha.
                   Pakcik aku cakap lain kali kalau nak makain lagi ikan bakar bagitau je dia. dia boleh datang. daripada makan mahal-mahal kat kedai lebih baik buat sendiri kan? bajet baru rm30. haa murah kan? hidup ni kena la pandai-pandai save bajet hahaha.
               


                    "ADA REZEKI KONGSI SAMA-SAMA"

Saturday, 18 April 2015

Pengalaman buat partime di Gambang Resort. terbaikkk!

naik Form5 ni memang busy. hari-hari kena balik lewat. banyak kelas tambahan. tu nasib baiklah aku tak masuk tuisyen. kalau tak memang takde masa lapang la aku haihh. tapi takpe la, nak berjaya kenalah berkorban kan?
             tetiba teringat masa aku kerja. 23.11.2014 sampai 28.12.2014 aku kerja kat Gambang Resort. sebelum ni masa cuti penggal 2 bulan 6 tu aku kerja kat kedai makan kawan ayah aku, saja nak cari pengalaman. tapi kat situ tak best sebab aku yang paling muda, ibarat anak-anak dia dah. bosan takde geng nak borak. kak Is jelah yang selalu tegur aku. memang sangat-sangat bosan. bayangkanlah time ramai orang datang pun aku boleh mengantuk. nasib baik tak tertumus makanan-makanan yang aku bawak tu, kalau tak, taktau la hahaha.
             so nak elakkan perkara-perkara sebegitu terjadi, akhirnya aku membuat perancangan awal dengan mencari rakan-rakan yang boleh bekerjasama denganku. cehh dah macam apa jeee. aku tanya kawan-kawan aku ada sape-sape yang nak kerja mana-mana ke. tanya punya tanya, akhirnya kawan aku, Ira, cakap yang Hanani ajak dia kerja kat gambang tu. aku tak kacip sangat dengan diorang. so aku pun pergi jumpa Hanani dan yesss! aku boleh ikut diorang. dia kata start cuti sekolah hari Sabtu tu nak pergi mintak kerja. aku tanya mama dengan abah dan yesss sekali lagi! diorang bagi kerja wuhooo!
            pada hari kejadian (cewahhh) , cuma aku dengan Ira je yang pergi mintak kerja. Hanani tak boleh join sebab mak dia tak bagi. bengang jugak la mula-mula tu sebab kitorang taktau apa-apa. selok-belok Gambang Resort tu pun kitorang taktau walaupun rumah kitorang dekat dengan tempat tu (takde la dekat sangat, kalau naik bas rapid ambik masa 40 minit sebab lalu UMP, Matrik, Kolej Komuniti dan UIA). masa tunggu bas tu nasib baiklah jumpa dengan Deknor, Ifa dengan Suria. diorang yang tolong tekan loceng bas and suruh kitorang pergi dekat pondok jabatan keselamatan. diorang tak boleh hantar sebab diorang pun dah lewat. diorang kerja dekat gift shop dalam waterpark. aku malas nak susahkan diorang suruh hantar kitorang sampai office caribbean tu.
            kitorang pun menggagau la cari pondok tu. lastly jumpa jugak. ada 2 orang Chief kat situ. dia suruh makcik polis bantuan tangkap gambar and fotostat IC kitorang. dah macam penjenayah je kitorang masa tu. takut tu tak payah cakaplah. Ira dah gelepor habis dah hahaha. pastu Chief tu suruh makcik tu bawak kitorang pergi office Caribbean Bay Resort (CBR). kitorang mintak kerja housekeeping. taknak yang lain. tak best hahaha. cakap macam dah pernah kerja kat situ je.
             masa dah masuk office tu aku tengok budak-budak partime lain macam budak juvana hahaha. bukan apa, sebab diorang pakai baju sama dengan muka blur, ada yang muka takut, rambut macam-macam fesyen. pastu aku perhatikan sorang-sorang. cehh! member sekolah aku! ramailah jugak. rasa macam bersemangat nak kerja. aku tanya diorang lama dah ke buat partime sini, diorang cakap baru masuk harini, ada yang baru masuk semalam. fuhh kira ok la tu sebab kitorang ada geng blur nanti hewhew.
              hari pertama kerja tu aku dapat dengan kak Shakirrah dan Harith. penat tu memang penat tapi best! keesokkan harinya member aku tu berhenti kerja. baru sehari dah berhenti. tak tahan kot. yang lain ada yang cuti and ada yang tak datang terus haishhh. hari kedua kerja Wani dengan Yana datang. lagi best kerja. seronok sangat-sangat sebab ada member wuhoo.
               Alhamdulillah sepanjang sebulan lebih kerja aku boleh bertahan walaupun penatnya takyah cakap la. Wani dengan Yana banyak hari cuti. aku dengan Ira cuma 2 hari je cuti. Sehari tu sebab aku pergi kelas tambahan Addmath dengan pengetua. sehari lagi aku ikut budak-budak housekeeping pergi overnight dekat TC. first time aku pergi overnight, aku rasa macam aku ni budak jahat huhu.
               aku rapat dengan pekerja bangla. diorang baik, takde yang gatal pun. tapi member-member aku tak suka diorang. aku ni suka berkawan, aku berkawan dengan semua orang. aku rapat dengan Arif, Bazlu, Darai and Molla. macam-macam aku tanya diorang, pasal budaya diorang, kawasan tempat tinggal diorang. jangan taktau, diorang tu student university tauuuuu. aku tengok sendiri passport diorang. ada yang belajar dekat Australia, Singapura. diorang kerja sini sebab ejen diorang transferkan diorang kat Malaysia and worked as Housekeeper. best sangat kawan dengan diorang.
              panjang sangat dah ni aku bercerita. aku nak kerja lagi kat Gambang Resort tu walaupun kawan Bangladesh aku dah takde. diorang kena transfer ke tempat lain. sangat tak best. hm. tapi ada Indon pulak masuk. jangan taktau, Indon ni semua hensem-hensem hahaha. kalau Dude Harlino dengan Baim Wong tau. diorang semua tu pun student jugak. aku kacip dengan Miftah. Miftah comel hewhew awwww hahaha. setiap kali cuti panjang bos mesti mesej aku tanya nak kerja tak dan setiap kali tu jugak aku kerja. untuk 1, 2 dan 3 hb 5 ni bos ada tanya nak kerja ke tak. aku tak dapat nak bagi kata putus lagi sebab takut ada kelas tambahan. harap-harap takde la. kalau kerja dapat duit. aku betul-betul perlukan duit sekarang hm. In Shaa Allah aku boleh kerja. Aamiin.
               cukup sampai sini dulu. ada masa nanti aku update perkembangan yang terbaru hikhik. byebye, assalamualaikum.


                 "SEMUA KERJA PENAT. TAKDE KERJA YANG TAK PENAT. CUMA MENTAL DAN FIZIKAL KENA KUATLAH. BARU BEST BEKERJA"
             
             
          

Yes, you can!

Waaaaa, long time not blogging. netbook rosak punya pasal la huhu. ni pun guna netbook orang lain hahaha. banyak yang aku nak cerita tapi malas nak menaip ahaha.
             Banyak yang berlaku sepanjang 2 tahun ni. bila ingat balik rasa sedih ada, kelakar ada. hm entah la, bercampur-campur. tapi aku dah cuba lupakan sikit-sikit. and now I just want to focus in my study. exam besar tahun ni woiiiiii. In Shaa Allah aku boleh buat. aku pun boleh berjaya macam orang lain. aku akan cuba buktikan yang aku boleh excellent macam sepupu-sepupu aku, so that makcik-makcik aku takkan pandang rendah lagi dekat aku. yeahh kau boleh!
            "KAU BOLEH BUAT ASAL KAU TAHU, KAU BOLEH BUAT ASAL KAU MAHU. KAU BOLEH BUAT ASAL KAU TAHU, KAU BOLEH ASAL KAU MAHU"